Adakah pesakit buah pinggang kronik boleh ambil Diffenz?

Adakah pesakit buah pinggang kronik boleh ambil Diffenz?

Buah pinggang kronik adalah dikategorikan apabila pesakit berada pada tahap 4 di mana bacaan GFR adalah kurang daripada 30 atau pesakit tersebut telah pun menjalankan rawatan dialisis. Kita kurang menyarankan pengambilan Diffenz bagi pesakit buah pinggang kronik. Sebaiknya syorkan pesakit untuk dapatkan nasihat daripada Doktor yang merawat terlebih dahulu jika nak ambil Vitamin C. Jika bacaan GFR pesakit melebihi 30, boleh ambil Diffenz mengikut saranan pengambilan, tapi penting untuk perhatikan juga had air pesakit sekiranya ada.