Adakah Vitamin C berlebihan boleh menyebabkan penyerapan zat besi berlebihan kepada penghidap thalassemia major?
Thalassemia major pula kebiasaannya dikenal pasti sejak waktu kecil lagi dan memerlukan tambahan darah setiap bulan
Salah satu fungsi Vitamin C adalah sememangnya untuk membantu penyerapan zat besi. Walau bagaimanapun, zat besi yang berlebihan juga adalah punca stress oksidatif dalam badan yang boleh merosakkan organ. Banyak kajian telah menyokong bahawa peratusan antioksidan dalam badan berkurang disebabkan paras zat besi yang tinggi dan disebabkan itu pesakit thalassemia sangat memerlukan bahan antioksidan seperti Vitamin C dan Vitamin E.
Dan untuk pesakit thalassemia, pengambilan Vitamin C yang berlebihan di samping diet yang tinggi zat besi boleh membahayakan. Secara amnya, pesakit thalassemia disyorkan untuk mengamalkan diet kurang zat besi di samping pengambilan antioksidan seperti Vitamin C untuk perlindungan badan dari kerosakan dalaman.