Bolehkah mereka yang ada alergi mengambil Phytax?

Bolehkah mereka yang ada alergi mengambil Phytax?

Alergi adalah antara masalah hipersensitiviti dan apabila ada benda trigger, ia boleh menghidupkan sistem pertahanan badan dan menyebabkan simptom seperti gatal-gatal mata, bersin, hidung berair. Ada faktor trigger yang boleh menerukkan lagi masalah tersebut.

Pertama sekali, pelanggan itu sendiri yang perlu kenal pasti alergen yang menyebabkan masalah tersebut terjadi seperti habuk yang ada pada sofa, karpet, bantal atau tilam lama. Lain-lain faktor trigger yang biasa ialah pencemaran udara (asap) termasuk jika ada pembangunan berdekatan (habuk simen) dan juga jika ada bela kucing atau haiwan lain. Elakkan perkara tersebut di samping dia perlu amalkan pemakanan yang seimbang seperti banyakkan sayur.

Boleh perhaluskan terlebih dahulu kepada pelanggan jika dia alergi dengan bahan di dalam Phytax, simptom alergi akan muncul dari hari pertama mengambil Phytax. Malah formulasi Phytax hanya menggunakan tumbuhan dan buahan semula jadi yang tidak menyebabkan kesan alergi. Tapi seandainya risau, boleh hentikan pengambilan Phytax selama 2 minggu dan cuba semula selepas 2 minggu.