Bolehkah pesakit hemochromatosis mengambil Diffenz?

Bolehkah pesakit hemochromatosis mengambil Diffenz?

Hemochromatosis adalah satu penyakit keturunan dan sangat jarang berlaku, ia adalah keadaan dimana badan menyerap iron (zat besi) secara berlebihan. Zat besi yang berlebihan itu akan disimpan di dalam organ badan seperti hati, jantung dan pankreas. Sekiranya keadaan ini berlaku secara berterusan, ia boleh mendatangkan banyak komplikasi seperti sakit jantung, kencing manis dan sebagainya. Zat besi adalah mineral penting dalam badan yang mempunyai banyak peranan. Salah satunya adalah untuk menghasilkan hemoglobin (sel darah merah) yang berfungsi untuk menghantar oksigen ke seluruh badan. 

Antara simptom penyakit ini adalah seperti radang sendi, badan rasa lemah, kencing manis, kehilangan dorongan seks, mati pucuk, kegagalan hati & jantung, kebingungan dan sebagainya. Bagi pesakit ini yang nak mengambil Vitamin C, sebaiknya dapatkan pandangan daripada Doktor yang merawat terlebih dahulu.