Bolehkah pesakit yang makan warfarin ambil Nutrelle Extra Sugar Free?
Bagi pesakit yang mengambil ubat pencair darah seperti Warfarin, pengambilan Nutrelle Extra Sugar Free mungkin boleh mempengaruhi kadar kecairan darah bagi sesetengah individu yang sensitif. Maka disyorkan untuk memeriksa profil pendarahan selepas beberapa hari pengambilan Nutrelle Extra Sugar Free (antara 3 - 5 hari). Perubahan dos Warfarin mungkin diperlukan bagi individu yang sensitif dengan pengambilan Nutrelle Extra Sugar Free. Bagi yang mengambil Warfarin, Dr Syid menyarankan untuk semak semula kadar kecairan darah (bleeding time) di hospital seperti di bawah :
- Ambil produk selama 3 hari.
- Semak semula kadar kecairan darah di hospital (doktor akan mengubah dos Warfarin mengikut kesesuaian).
- Ambil produk dan Warfarin secara istiqamah.