Bolehkah saya ambil Diffenz jika silica gel di dalam botol Diffenz terbuka?
Jangan risau, anda masih selamat untuk mengambil Diffenz. Ini kerana menurut FDA (United States Food and Drug Administration), makanan yang bersentuh dengan silica gel masih selamat untuk diambil.
Silica gel digunakan untuk menyerap lembapan dalam produk, supaya ia tidak mudah rosak, tidak teroksida atau tidak berkulat, dan memanjangkan jangka hayat sesuatu produk. Disyorkan untuk mengasingkan silica gel yang terbuka dengan Diffenz supaya anda tidak termakan sekali silica gel tersebut.