Kenapa anda perlukan Diffenz?

Kenapa anda perlukan Diffenz?

Perlu difahami 3 perkara kenapa Vitamin C ini penting: 

1. Badan tidak menghasilkan Vitamin C 
Pengambilan Vitamin C dari luar adalah satu-satunya sumber untuk mendapatkan Vitamin C. Sememangnya Vitamin C boleh didapati daripada sayuran dan buahan, namun data daripada Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan 2019 mendapati 95% rakyat Malaysia tidak mengambil sayuran dan buahan mencukupi setiap hari. 

2. Vitamin C mudah rosak 
Kandungan Vitamin C mudah rosak disebabkan oleh faktor masakan, suhu, cuaca dan racun perosak. Kandungan Vitamin C dalam sayur akan berkurang sebanyak 13 sehingga 60% bergantung kepada cara masakan kita. Pengambilan sayuran yang tidak mencukupi ini ditambah pula dengan Vitamin C yang mudah rosak mendedahkan individu dengan kekurangan Vitamin C di dalam badan. 

3. Vitamin C adalah vitamin larut air. 
Vitamin C yang tidak digunakan akan terus dikeluarkan melalui air kencing dan tidak disimpan sebagai "stok" di dalam badan untuk digunakan ketika diperlukan. 
Ditambah lagi dengan keadaan persekitaran yang dikelilingi dengan pencemaran serta gaya hidup yang tidak terjaga seperti pengambilan makanan terproses/segera, gula, kurang bersenam, tekanan, dan faktor lain mendedahkan individu kepada stres oksidatif yang boleh dikurangkan dengan pengambilan antioksidan seperti yang terdapat dalam Vitamin C. 

Pengambilan suplemen sedikit sebanyak membantu mengatasi kekurangan Vitamin C kepada individu. Penambahan Buah Camu Camu adalah untuk meningkatkan lagi penyerapan memandangkan Vitamin C di dalam Buah Camu-Camu adalah dalam bentuk yang lebih mudah diserap oleh badan di samping memudahkan para pengguna untuk mendapatkan manfaat lain yang ada dalam Buah Camu-camu selain daripada kandungan Vitamin C semata-mata.

Malah, Diffenz juga mengandungi bahan-bahan lain iaitu Vitamin D dan Cendawan Susu Harimau. Gabungan bahan-bahan ini di dalam satu produk bertujuan untuk memudahkan pengguna mendapatkan nutrisi dalam bentuk yang mudah, dengan harga mampu milik.