Mengapa Vitamin C tidak ditulis pada botol / kotak?
Perubahan ini dilakukan bagi mengikut format piawai yang dikeluarkan oleh Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan (BKKM) Kementerian Kesihatan Malaysia. Diffenz didaftarkan di bawah Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan (BKKM). BKKM telah mengemaskini format pelabelan dan salah satu format piawai pelabelan BKKM yang terkini adalah tidak memerlukan dos Vitamin C ditulis pada bahagian botol atau kotak produk. Bagi produk yang berdaftar di bawah Biro Pengawalan Farmasuetikal Kebangsan (BPFK) sahaja akan mengeluarkan dos bahan secara lengkap di bahagian botol produk. Produk di bawah BPFK adalah produk-produk yang mempunyai bahan terkawal seperti gamat, gluthatione serta berbentuk gelule dan kapsul.
Dos bahan-bahan di dalam Diffenz tidak dinyatakan kerana ia melibatkan formulasi serta bagi memelihara hak cipta Eskayvie, dan formulasi ini adalah untuk memastikan Diffenz memberikan kesan yang dijanjikan berdasarkan dos-dos yang optimum.