Mengapakah Diffenz di kawal selia oleh BKKM bukannya BPFK?
Kelulusan KKM terbahagi kepada dua iaitu di bawah seliaan Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan (BKKM) atau Biro Pengawalan Farmasuetikal Kebangsan (BPFK).
Diffenz didaftarkan di bawah Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan (BKKM). BKKM telah mengemaskini format pelabelan dan salah satu format piawai pelabelan BKKM yang terkini tidak memerlukan dos Vitamin C ditulis di bahagian botol atau kotak produk. Bagi produk yang berdaftar di bawah Biro Pengawalan Farmasuetikal Kebangsan (BPFK) sahaja akan mengeluarkan dos bahan secara lengkap di bahagian botol produk. Produk di bawah BPFK adalah produk-produk yang mempunyai bahan terkawal seperti gamat, gluthatione dan sebagai serta berbentuk gelule dan kapsul.
Walaupun Diffenz dalam bentuk biji, tapi ia tidak mengandungi bahan terkawal seperti yang dinyatakan oleh Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan. Sebab itu Diffenz didaftarkan dibawah BKKM (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) dan tidak mempunyai no MAL dan stiker hologram.
Jadi jangan risau, kerana Eskayvie sangat menitikberatkan keselamatan produk kepada pengguna. Produk yang dihasilkan akan melalui beberapa lapisan saringan keselamatan oleh Eskayvie dan pihak KKM sendiri.