- Hak Usahawan Eskayvie Nexus
Semua Usahawan Eskayvie Nexus yang berdaftar boleh menjual produk Eskayvie dan menyertai pelan pemasaran Eskayvie Nexus selagi mana tidak melangkaui polisi. Usahawan Eskayvie Nexus boleh merujuk atau memperkenalkan ahli baharu untuk menyertai perniagaan Eskayvie Nexus.
- Umur yang Dibenarkan
Individu mestilah berumur sah (18 tahun dan ke atas) untuk menjadi Usahawan Eskayvie Nexus. Individu tersebut perlu mempunyai akaun bank dan nombor telefon yang aktif.
- Keahlian
Hanya satu keahlian untuk setiap individu dan entiti boleh didaftarkan dalam Sistem Nexus. Pengurusan Tertinggi Eskayvie Sdn Bhd, kakitangan dan pasangan tidak dibenarkan menyertai Eskayvie Nexus. Usahawan Eskayvie Nexus perlu memasukkan maklumat kad pengenalan, nombor akaun bank dan nombor telefon yang aktif. Bagi warganegara asing, perlu masukkan maklumat passport, nombor akaun bank dan nombor telefon yang aktif.
Usahawan Eskayvie Nexus adalah dilarang daripada mengemukakan sebarang maklumat yang palsu atau tidak tepat kepada Eskayvie Sdn Bhd. Usahawan Eskayvie Nexus mesti memaklumkan kepada Eskayvie Sdn Bhd mengenai sebarang perubahan yang memberi kesan kepada maklumat terkini. Eskayvie Sdn Bhd berhak menamatkan sebarang keahlian dengan serta-merta sekiranya didapati memberikan maklumat palsu atau tidak tepat.
- Penamatan Keahlian
Keahlian boleh ditamatkan sekiranya Usahawan Eskayvie Nexus terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kes-kes disiplin seperti:
a) Menukar harga jualan produk tanpa mendapat kelulusan Eskayvie Sdn Bhd;
b) Melanggar peraturan, tatacara kelakuan, pelan pemasaran atau sebarang Polisi
Eskayvie Nexus;
c) Menjalankan sebarang aktiviti yang membawa kesan negatif kepada Eskayvie
Sdn Bhd atau menjejaskan nama baik Eskayvie secara langsung atau tidak
langsung;
d) Membuat tuntutan palsu berkaitan Eskayvie Sdn Bhd, produk, pelan pemasaran,
pihak pengurusan tertinggi atau staf Eskayvie Sdn Bhd