Thalassemia

Thalassemia

Dalam kajian lain, rawatan thalassemia termasuk menggunakan ubatan seperti deferoxamine, deferiprone dan deferasirox untuk membantu membuang zat besi yg berlebihan terutama untuk mereka yang memerlukan transfusi darah secara berkala. Dan kajian mendapati penggunaan Vitamin C bersama sesetengah rawatan thalassemia boleh membantu meningkatkan perkumuhan zat besi dari badan. 

Setelah mempertimbangkan kesan baik dan buruk Viitamin C apabila berinteraksi dengan zat besi, sebaiknya berbincang dengan doktor yang merawat jika pesakit thalassemia ingin mengambil suplemen Vitamin C kerana doktor yang merawat juga kebiasaannya akan menetapkan Vitamin C mengikut kesesuaian rawatan.